Saturday, November 15, 2008

Parts Hunting



Aduh minggu yang penuh kepeningan,kepenatan dan kecewaan.Semua halfcut,kedai spare part semua cakap tak da...tak da..... tak da.Dari Kedah sampai ke Perak kami jelajah hanya untuk mencari mounting enjin Tiara untuk digantikan balik kepada seorang lagi kawan aku nun si selatan huhuhuhu........naik pening kami mencari.Setelah sekian lama kami memberhentikan operasi mencari dan membeli,hari ni kami ingin mencuba nasib kami di kedai potong yang kami tertinggal semasa outing kami pada hari sebelumnya.ia nya terletak di seberang perai yang mana pada mulanya kami rasakan pada mulanya tidak akan mendatang hasil.Seperti yang kami jangka pabila kami menanyatakan hasrat kami kepada tauke h/c,jawapan yang dibalas "tak ala owhh ini barang susah mau dapat".Last2 dengan perasaan x puas hati ,kami mencarinya sendiri akhirnya pencarian kami mendatangkan hasil ini lah barang kami mencari selama ini.Muka kawan aku pada mulanya tadi muncung macam hidung shah rukh khan kini senyum bagaikan mulut ikan keli kikkikkikkikkik!!!!







Bracket enjin Proton Tiara
huhh!!!last beli di Penang jugak.Dari h/c Kedah hingga Ke Perak last kat Penang gak la benda ni ada.Aduhai PENAT!!!!!


ole ele dari h/c(Hose air filter)

belt tensioner

Sebelum kami bergerak pulang ke teratap memasing kami singgah dulu kedai aircon untuk memeriksa aircond sistem tiara ax member aku.Hari tu aku ingat nak buat mini gath ngan t/t tapi bila difikirkan balik baik ditunda pada hari lain disebabkan jambatan akan ditutup pada pukul 2 a.m sehinnga 6 a.m sempena ngan Penang Bridge International Marathon 2008.huh tak dapat bayang kan cam mana la di pelabuhan feri nanti.Lebih baik aku elak.huhuhuhuhu......

belah kiri 2 ax wannabe yang belah kanan 2 tiara la huhuhuhu...

No comments: